Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Haji!

hari ni sambutan raya haji pula. agaknya, berapa banyak lah lembu dengan kambing yang akan disembelih di masjid nanti kan? heh...

as for me? my celebration will be at home, watching tv sampai lebam. makan, dan tidur dan makan lagi. oh.. aku mahu nonton dvd-dvd yang bertimbun-timbun tapi tak ada kesempatan nak tengok-tengok lagi sampai sekarang. hehe.

hmmphh.. siapa-siapa yang tengah menunaikan haji sekarang ni, mesti seronok dapat sambut hari raya aidil adha kat mekah / madinah. mak aku cakap, dulu masa dia tunaikan haji, lain rasanya sambutan kat sana. meriah dia pun lain. heh. haji kali ini, pakcik aku pergi dengan keluarga dia menunaikan haji, untuk kali kedua.

habis, nak panggil apa? haji haji abu ke? heh. macam iklan dalam tv tu kan, "bukan satu, tapi tiga kali.. haji, haji, haji mustafa".. haha. camtu ke?

anyway, raya kali ini.. ada orang order sekotak muffin. mula-mula ingat tak nak ambil order tu, sebab takut tak sempat nak buat. tapi, bila macam dah buat calculation (hehehehe), rasa-rasanya tak ada masalah nak buat, so beritahu pada kawan tadi, yang ordernya akan diterima.

dan hasilnya...
tadaaaaaaaaaaaa!!!

disebabkan kawan aku tak ada specific design yang dia request, so, design ala-ala islamic lah aku pilih untuk tema raya haji ini. lagipun tak tahu apa design yang sesuai nak buat. kalau macam raya aidilfitri, boleh lah buat design pelita ke, ketupat ke... tak kan lah nak buat design lembu kot kan untuk raya haji ni? hahahahahahaha~!

luckily my friend likes it. terima kasih linda sebab sudi beli muffin aku :)

oklah.. tu jelah.

tata for now.

oh, ya! Selamat Hari Raya Aidil Adha semua :)



love,

0 shout out(s)!: