Thursday, December 31, 2009

Goodbye.


rasa macam baru semalam jejak kaki dekat tempat kerja.
rasa macam baru semalam berkenalan dengan budak-budak group aku dan rakan-rakan sekerja yang lain.

rasa tu dah tak kan ada lagi.

dah tak kan jumpa orang yang hari-hari jumpa, hari-hari lepak dari pagi sampai ke petang.
dari hari isnin sampai hari jumaat.

dah tak kan dapat main jerit-jerit, tolak-tolak, pukul-pukul dengan mereka-mereka.

dah tak kan dapat mereka yang gila yang sentiasa cuba nak menguji kesabaran aku hari-hari.

aku tak pernah cakap pun, tapi sesungguhnya, aku sayang mereka. sayang sangat.
walaupun macam tak nampak sayang kan.... tapi Tuhan saja yang tahu.

i really wish each and everyone of you the best!
hopefully, we can still keep in touch walaupun dah tak sama department & tak sama tempat kerja lagi.

ini bukan nak cakap selamat tinggal pada 2009, tapi selamat tinggal juga pada teman-teman sekerja yang rapat dan kurang rapatnya.

haih.. a very bad ending for 2009.

tipulah kalau aku cakap aku tak sedih, aku tak nangis. aku tak mengenang nasib aku di masa akan datang.

tapi... ada kawan aku ingatkan benda yang aku selalu ingatkan orang... "setiap yang jadi ada hikmah dia."

jadi, macam mana pedih pun nk terima benda ni, aku perlu terima juga.

dan, atas insiden yang tak diingini ini, aku rapat dengan orang-orang yang tak pernah aku bercakap pun sebelum-sebelum ini.. mungkin, ini kot hikmah yang pertama dari hikmah-hikmah lain yang bakal menyusul.

:)

oh ya. disebabkan lagi beberapa jam akan masuk ke tahun baru, aku nak cakap SELAMAT TAHUN BARU kepada semua.

harap-harap, tahun 2010 akan lebih baik untuk aku dan kamu semua.

amin.



love,

Saturday, December 26, 2009

Leaving..

I'm leaving on a jetplane..
Don't know when i'll be back..
Oh, babe..
I hate to go.


well. i'll be leaving my work place soon and will be joining a new project.
hope everything will be ok.

wish me luck. i need it!

luck! luck! luck!
luck! luck! luck!
luck! luck! luck!
luck! luck! luck!



thankfully, i have good company with me :)
*phew*




love,

Box of Muffins!

Well.. this past few weeks were hectic.
Dengan berita buruk nya.
Dengan tak sihatnya.
Dengan bengang dan marahnya.

hehe.

Tapi, order muffin tetap berjalan.
And December memang banyak pula order. every week ada order.

sampai meragam oven :(
so now kena stop seminggu, nak bagi oven berehat seketika.
hehe.


lepas order Funky, yang tak berapa nak funky hari tu, ada satu lagi order yang dibuat untuk seorang kawan yang baru dapat jadi Team Leader dalam 2 bulan lepas. tetapi, malangnya order itu dibuat sewaktu aku demam, jadi hasilnya sungguh tidak memuaskan.. jadi gambar untuk order itu tak diletakkan sekali lah ye. saya malu.
sorry lin, tak cantik design muffins aku untuk kau hari tu.


this one was ordered by sister in law for her office.
disebabkan dia kerja dengan Malaysia Airports, tema order dia berunsurkan kapal terbang, menara kawalan & landasan. ahahahahaha. boleh lah tu kan? eventhough kapal terbang dia tak berapa nak cantik :P

this one, was ordered by my friend Yat, for her bestfriend who got enggaged last Sunday (20.12.2009). i like this theme. macam sweet jer :)

this one, was ordered by Afif, my groupmate for his girlfriend. Surprise katanya. heh. tak sangka ada lagi orang minat Hello Kitty kan? hehe. takpela.. design ni pun aku suka :)

and lastly. 50 pieces ordered by Jaya my officemate for Christmas. yang ini paling menguji kesabaran aku.. time inilah oven aku meragam :(
tapi untuk design christmas ini pun, aku enjoy buat. sebab macam seronok! too many designs to choose for 50 pieces. but i ended up with 10 designs only.


overall, semua pun suka. semua pun happy.
haa... lega! lega!
biar pun penat, tapi bila customer satisfied dengan hasil yang dibuat, rasa seronok.
serious tak tipu.

so, anyone interested in ordering?





love,

Friday, December 11, 2009

Stay....

right now is my lunch break, even though i'm hungry.. i just don't feel like eating.

yesterday was so not great. found out more not so good news which was far worse that the news that i have already knew.
susah lah kan? bila dah rasa fun dekat sini.. and it won't be the same anymore.

more than 75% people will be relocated to a new place :(
itu pun kalau lepas the interview.
kalau tak?

hish.. semak-semak.

mesti akan rindu-rindu dekat semua orang dekat sini. serious tak tipu.
dah lah tengah dengar lagu Stay by Estrella ni. aduh, lagi tambah sedih.
nyanyi sama-sama dengan petikan gitar en. joey dan rakan-rakan lain.
tiba-tiba teringat...

sob-sob.

the most annoying thing was, the management was not prepared with the answers for all the questions that we asked. "we will get back to you about the matter"...

itu jer balasan mereka? senangnya lah kan? kalau tak prepare, baik jangan buat briefing tu at the first place.

what will happen to me and the rest of us?
mmmm... just wait and see jelah kan?




love,

Wednesday, December 9, 2009

Hari Tidak Berapa Indah..


Bad day..

:(

found out some not so good news.
* sigh *

and having flu. so not good. sneezing all the way.

anyway... i watched ninja assassin with a couple of friends just now.

"mika, mika.. i like you more and more"

heh..
saya nak boyfriend macam rain lah :P


but still.. after watching the movie.. still tak sedap hati. still terkenang cerita yang tak berapa nak best yang diketahui siang tadi.. dem!

oo ya, last tuesday was my friend's birthday..

Selamat Hari Jadi encik Afif!

nanti lah upload gambar. mata dah berat sangat dah ni.

hopefully tomorrow i'll feel much better than today.


love,


Monday, December 7, 2009

Tiada Tajuk

Entri bosan di malam hari, gara-gara tidak boleh tidur.

macam tak percaya je, dah nak end of 2009 dah.
so many things happened this year, good and bad.
this year, i can conclude that... it's a mix of both good and bad..
macam.... equal lah. so i'm ok with everything.
not lah everything, but i can still manage.

tak macam 2007, tahun yang paling dipangkah.
tahun 2008 pun, tidak stabil. but for 2009 stabil lah dalam certain things, but there were some un-stabil things that had happened. takpelah, semua itu pengalaman dan pengajaran kan..

kalau ikut cerita 2012, kita ada dalam 2 tahun lagi lah to the end of the world. gila lah weh, takut kot. huhu. nak percaya tu, tak tahulah.. but when i watched the movie, it really hit me bad. macam, huish!!! sure masa the real time comes, it is going to be more terrifying than the things that shown in the movie..

uish.. ok ok. tukar topik..

the other day, i went to KLCC. temankan a friend to buy tickets for 2012, then i went window shopping at a few stores yang ada, and one store yang wajib dimasuk is Vincci. tipulah kan kalau perempuan cakap dia tak pakai Vincci. paling kurang pun, mesti ada sepasang kasut Vinci kat rumah. mesti ada punya!!!

so, masa tengah window shopping, sempatlah snap gambar kasut yang macam.. ooooooo, perlu belilah!! ;) kasut heels purple yang macam di bawah ini sungguh menggiurkan..

(refer to the left shoe)

tapi taklah beli time tu kan.. tapi, it's in my list for things to have :)

oh ya.. i got one long maxi dress which is so cute! tq tas! the shop is so awesome. i can't wait for our next trip to the shop. kita shopping sakan nanti ok? :)


aha, 1 last thing.
the other day, one of my officemates ordered a box of muffins.. dia kata "hid, buatlah design yang best. funky!"

baik.. the design that i did, tak adalah funky mana. siap google ni nak cari funky designs. haha. adalah yang smart & cantik, tapi bila try buat.. tak dapatlah nak ikut sebijik macam dalam internet tu kan :(

the not so satisfying part was,color orange dengan merah hampir sama. so tak nampak the difference.
i need more practise i guess. nasib everything else was ok, and she did not complaint.
Alhamdulillah..

(muffin yang tak berapa nak funky)

i already have order for christmas! for awal muharram pun ada, but that one tak sure lagi. hmph... takpelah. buat jeklah yang mana ada..

practise makes perfect kan? :)

oklah..
i'm off to bed..
esok kerja, tapi tak tahu nak pakai apa.
isk isk....


love,


Saturday, December 5, 2009

Kenangan.. (2)

ok.. the other day, i posted Kenangan (1), dengan beberapa gambar-gambar kenangan.
reminiscing old memories with friends.

good time, great people.
even when there were nothing to do.. but still it was so much fun.

i never know why we posed like we did, but, i like this picture a lot. ;)

konsep anak halal sangat ;P

ok. ini sudah tidak ingat dunia lagi.. oooohhh, it's been so long.. heh!

makan-makan, with the guys at oldtown cyberjaya. the first oldtown that i tried.. haih, rindulah.

movie.. hellboy two kot. tak ingat. tapi dah lama tak tengok movie ramai-ramai macam ni. this was the first and the last kot, sebab lepas tu dah tak ramai-ramai pergi tengok wayang dah.

ok. ini cari kasut. tapi bukan beli pun. posing lebih :P

kerja gila satu malam selepas exam. pergi genting semata-mata nak makan mcd. terima kasih :P

gambar ni, sumpah cantik kalau tak goyang dan kalau tak ada si baju pink meng-interframe-kan diri :P dah siap berangan-angan nak buat kad raya dah guna gambar ni... tapi... *kecewa* huhu


nanti.. kalau ada gambar-gambar lain.. i will post them here ;)
oklah. nak tidur. minggu ni macam susah sangat nak tidur. entah kenapa.


bye-bye!


love,

p/s : i'm team jacob! :P (haha... tiba-tiba kan?)

Kalau patah hati..

my current feeling for now?
a bit of everything..

rindu.
marah.
sayu.
rindu.
hampa.
gembira.
sayu.
lucu.
ngantuk.
hampa.

mix emotions.
* sigh *

kelakar bila fikir-fikir balik. dengan semua yang dah jadi.... dengan semua yang dah aku lalui, ini yang aku dapat?

tak apalah.. terima kasih. mungkin aku tidak cukup baik untuk kau.
aku dan kau? kita sekadar satu fasa yang perlu dilalui untuk ke fasa seterusnya.



lucu.. betul-betul lucu.
you and me?

dah tak sama lagi.
goodbye!




love,

Saturday, November 28, 2009

Kenangan.. (1)

i am busy transferring a lot of my pictures in my photobucket just because i need to clear some space in my laptop.

seriously, i realised, i had so many pictures.. and so many memories. when i looked back at those pictures, i smiled to myself.

thinking, how much i miss the good old days with my friends.

but now?
heh...
masing-masing dengan hal masing-masing...

here are some of the pictures that made me smile, thinking back all the great times spent with friends.

ini masa kat asia cafe. best jek lepak ramai-ramai. heh.. kelakar. dengan temankan si baron ni beli baju melayu. 400 ringgit melayang. siapa yang nak kahwin pun aku tak tahu lah :P hahahah

paktam.. aku terjumpa gambar ni. hahahahhaha! lain kan kita dulu-dulu? ni masa time kau aiman! poyolah aiman! :P tapi aku suka gambar ni ;)

during feena's birthday, and the theme was traffic light. it was a colorful birthday. macam-macam ragam sgt the post party. kan kawan-kawan? i think those who were there can still remember what happened :P

wan's orange birthday. orange sangat kita semua masa ni. dah mabuk oren dah! :D

my birthday, which was celebrated with kak aida and baron. haih.. bila lagi nak celebrate sama-sama ni? rindu lah nak bertema-tema. hahahahaha

oo, si rizal yang comel. gambar ni macam gedix jek aku. sila abaikan. hehe.

oo, ini masa malam berinai untuk majlis ayu. hahaha. dengan cece tak makan ikannya. dengan kita jek yang paling happening.. padahal 6orang, bising nya macam 20orang. hahahah!



ha.. ni lah dulu. ada lagi. tapi still in construction lagi photobucket tu. so, nanti adalah sambungan di part 2, part 3 atau part-part seterusnya. heh ;)




love,

Bukan Superstar!




sumpah comel!

hahahaha...



love,

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Haji!

hari ni sambutan raya haji pula. agaknya, berapa banyak lah lembu dengan kambing yang akan disembelih di masjid nanti kan? heh...

as for me? my celebration will be at home, watching tv sampai lebam. makan, dan tidur dan makan lagi. oh.. aku mahu nonton dvd-dvd yang bertimbun-timbun tapi tak ada kesempatan nak tengok-tengok lagi sampai sekarang. hehe.

hmmphh.. siapa-siapa yang tengah menunaikan haji sekarang ni, mesti seronok dapat sambut hari raya aidil adha kat mekah / madinah. mak aku cakap, dulu masa dia tunaikan haji, lain rasanya sambutan kat sana. meriah dia pun lain. heh. haji kali ini, pakcik aku pergi dengan keluarga dia menunaikan haji, untuk kali kedua.

habis, nak panggil apa? haji haji abu ke? heh. macam iklan dalam tv tu kan, "bukan satu, tapi tiga kali.. haji, haji, haji mustafa".. haha. camtu ke?

anyway, raya kali ini.. ada orang order sekotak muffin. mula-mula ingat tak nak ambil order tu, sebab takut tak sempat nak buat. tapi, bila macam dah buat calculation (hehehehe), rasa-rasanya tak ada masalah nak buat, so beritahu pada kawan tadi, yang ordernya akan diterima.

dan hasilnya...
tadaaaaaaaaaaaa!!!

disebabkan kawan aku tak ada specific design yang dia request, so, design ala-ala islamic lah aku pilih untuk tema raya haji ini. lagipun tak tahu apa design yang sesuai nak buat. kalau macam raya aidilfitri, boleh lah buat design pelita ke, ketupat ke... tak kan lah nak buat design lembu kot kan untuk raya haji ni? hahahahahahaha~!

luckily my friend likes it. terima kasih linda sebab sudi beli muffin aku :)

oklah.. tu jelah.

tata for now.

oh, ya! Selamat Hari Raya Aidil Adha semua :)



love,

Friday, November 20, 2009

Nonton.

post kali ini, just nak share some thoughts of mine about the movies that i have watched recently.


The Time Traveler's Wife

Seriously, i didn't know about this movie until i saw the trailer in my friend's blog. so, when i knew the movie was out, i ask a friend to join me to watch this movie. ok, cerita ni memang menyayat hati. sebab at times, when you really need the person the most, but that person's not there and you just don't know when the person is coming back. maybe hilang sekejap, maybe hilang berminggu-minggu. eventhough he has the ability to time travel, but he can't control it. tak pasal-pasal kang, dia hilang, and show up naked at unknown places. cam ngeri je pengalaman macam tu kan? there are pros and cons in having the ability actually.


Pisau Cukur

Ok, sebab-sebab saya sangat nak tengok cerita ini pada mulanya...
  1. saya sangat minat aaron aziz
  2. saya suka fazura
  3. selalunya cerita bernard chauly memang lain dari tipikal cerita-cerita melayu
but, when i went to see it.. to my surprise, tiba-tiba suka dekat hero yang lagi satu yang super cute dengan braces dia. hak hak! cerita ni, memang super gedix, so kalau tak suka tengok perempuan ngada-ngada, gedik-gedik sepanjang masa, dinasihatkan belilah tiket untuk cerita lain. tapi cerita ini cute. dan kelakar. so kalau rasa just nak tengok for fun, tak rugi pun.. "Ohh, My Dior~!"


2012

ok.. sejujur-jujurnya.. i didn't want to watch this movie. sebab.. macam tak sanggup nak lihat dunia tu hancur depan mata. because i think i'm just not ready to face it. tetapi, memandangkan abang saya suruh masuk contest di radio Traxx FM (90.3) dan saya telah memenangi contest tersebut, dan membolehkan saya memenangi 6 free passes to go and watch the movie, so i thought, what the heck? just go lah kan?? cerita dia memang tip-top. membuatkan saya seram sepanjang menonton cerita ini.. berdebar-debar, dan macam.. arhhhhhhhhhhhhhhhh.. ok, rasa nak jerit-jerit. rasa cemas, rasa macam.. kalau saya di tempat hero, mampu ke nak berfikir straight sedangkan dunia ini dah semakin hancur depan mata sendiri.. rasa macam tak mampu je...

tapi.... ending? *sigh* kecewa... semua orang pun cakap benda yang sama.. tapi.. pergilah.. tak rugi pun tengok..


New Moon

aha, ini saya suka.. siap dah beli tiket 2 bulan awal ni, so that boleh pergi tengok cerita ini masa Unofficial Premier Screening. tapi takdelah macam obses gila pun dengan cerita ini. cuma cam excited nak tengok and be the one of the first people to watch the movie kan.

seriously, saya mahu boyfriend macam jacob. takmoh edward, nak jacob gak! tapi, saya marah dengan bella. sila tonton cerita ini kalau mahu tau dengan lebih lanjut! tapi, saya nak jacob jugak.. meow~!



cerita-cerita lain yang tak sabar nak tengok..
  1. Ninja Assasin
  2. Planet 51
  3. The Storm Warriors
  4. Avatars
  5. Muallaf
ini top 5 lah yang nak sangat tengok. ok people! selamat nonton yah!! ;)



love,

Tuesday, November 17, 2009

Happy Birthday, Pa!

sekarang.. 12.37 am, 37 minit bermulanya harijadi papa ku :)
tapi dia tak ada di rumah, keluar minum bersama-sama rakan-rakan. wah, papa ku pun pandai celebrate-celebrate birthday dengan teman-teman. tapi, tak tahulah ada main baling-baling telur dengan tepung ke. heh. kalau ada, macam kelakar lah pulak kan?

well.. the reason i'm writing this. just want to wish him a very happy birthday.
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan lagi rezeki.
semoga sihat sejahtera dan dielakkan perkara-perkara yang tidak baik dari berlaku..

kadang-kadang, bila teringat kat papa aku kan, aku marah. papa aku ni degil, suka tak nak dengar nasihat atau pesanan aku. kadang-kadang keras kepala.
lepas tu, bila aku cakap-cakap, suka buat-buat tak layan.. buat-buat baca surat khabar lah, tengok astro prima rancangan sekar eps tulah.. pastu suka sangat makan kacang.. makan banyak-banyak, lepas tu batuk tak henti-henti..

:(

tapi.. apa-apa pun.. aku tetap sayang dia. eventhough i dont say 'i love you' to him that much.. sesungguhnya aku sayang sangat kat dia. tak dapat nak bayangkan hidup aku tanpa dia.

:'(

so untuk birthday dia kali ini, aku saja je buat muffin.. bertemakan rainbow.. :)
tak susah pun. ambil je resipi butter cake, cuma the mixture i divided into 4 portions and put different colors to it.

sedap! tadi dah try sikit. lembut je. cuma comot sikit, maybe sebab guna papercup yang tak berkualiti. so macam output dia terlebih comot. tapi yang guna papercup yang berkualiti, it turned out great.. hehe. ingatkan nak decorate, but i think simple macam tu pun dah sedap. so tak payah lah :D

well... i hope my dad loves the muffin. kalau tak suka pun kena buat-buat suka juga sebab dah buat dengan penuh kasih sayang ni. hihihi ;)


to papa..
i love u. happy birthday!



love,

Saturday, November 14, 2009

Muffin For Sale.

i've been busy this past one week. baking and decorating muffins for people.

tak pernah aku sangka buat benda ini susah. so kesimpulannya aku respect pada mereka-mereka yang mencari rezeki dengan cara ini. sesungguhnya, it was not that easy.

actually... tak adalah susah sangat, senang jek. cuma penat sebab kesuntukan masa. yelah, dengan aku kerja nya.. dengan balik kerja, kena terus menghadap muffin nya.dahlah aku seorang je pun yang buat. nasib ada mak aku tolong sikit-sikit, so kurang lah penat dia. tapi bila orang datang cakap cantik, cakap sedap.. rasa macam.. it's all worth it. walaupun penat, walaupun tak cukup tidur..

order yang paling bnyk aku buat, 150 biji muffins untuk satu department office aku. heh. big boss saja nak kasi budak-budak muffins. tak tahu lah kenapa. before-before this, department aku ada order dekat sorang kakak ni, yang merupakan budak office juga, tapi maybe saja nak ubah selera kot, so they asked me if i can make the muffins.. aku pun menyahut cabaran mereka. hihi. oklah. siap gak akhirnya :)

ada bermacam-macam tema aku buat.. ;)
tengok contoh-contoh yang ada dalam internet ni. heh.. seriously, people are getting more creative everyday!

these were the muffins i did. (klik gambar untuk imej yang lebih besar)

so, sesiapa berminat ke nak order? kalau berminat.. email me -- > hidayahzulkifli (at) gmail (dot)com.



love,

Friday, November 6, 2009

Bbrrr..

tau tak rasa nak buat apa sekarang?

nak minum air coke, lepas tu....

BBBRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR..


badan bergegar..

:D


amacam? ada berani? hehehehe :P



love,

Thursday, November 5, 2009

Complicated

semalam.. kerja macam biasa. on gmail, sekali sekala check email dihantar oleh rakan-rakan, ataupun announcement dari TL aku.
tiba-tiba, tgk status gmail seorang kawan yang macam menarik perhatian..

"kenapa ni? ok ke?" tanya aku..
"tak. kena sound. malas lah nak fikir. ckp salah, tak ckp salah." dia membalas.

ok. marah jek bunyi. kesian pulak kan.. so as a friend, aku pun bertanya lah. apa masalah sebenarnya. dia pun bercerita walaupun pada mulanya berat untuk dia ceritakan.

nak kata aku faham the whole story, aku tak kan lah nak cerita semua masalah tu kat sini kan? cannot, cannot! cuma macam satu isu yang nk dipetik di sini, punca pergaduhan keluar dari statement En. Kawan yang berbunyi "I'm Jealous". cemburu pada si Gadis dengan teman rapatnya yang merupakan seorang lelaki. hehe..

ok. i think.. benda tu tak dapat nak dielakkan, which is normal i guess, but.. at the same time we can't help ourselves by being jealous. benda itu memang common pun. i've been in that situation once. hahaha..

dan kesimpulan yang aku boleh buat dari ceritanya, perempuan sebenarnya suka merumitkan keadaan.. ahaha. serious. aku pun perempuan, so aku memang bersetuju dengan statement yang dikatakan itu.

tapi, kalau aku berada di tempat si Gadis itu pun, mungkin aku akan bertindak yang sama walaupun masa aku tengah bercakap dengan En. Kawan, aku bagi kata-kata semangat dan memotivasikan dia untuk berfikir secara rasional.

itu sebab aku memang tengah berfikiran waras..so. options dan cadangan yang aku bagi tu, cam agak memberansangkan lah sebab tengah berfikir secara positif kan? cuba kalau tengah bergaduh dgn boyfriend, hahaha. tidak ye! mesti aku pun melenting dan bertindak sama je macam si Gadis tu.

cuma... bila aku sembang dengan En. Kawan, aku bagitahu lah pendapat aku.
kalau betul sayang, betul suka, betul nak work things out..
  1. kenalah go with the flow
  2. try to talk things out. berbincang. komunikasi. without communication, it won't work.
  3. kalau rasa macam nk panjang lagi gaduh, buat bodoh tak yah pujuk-pujuk.. tapi, cam mustahil lah nak buat camtu kan? kata sayang.
  4. kenalah paham, perempuan memang suka complicated kan keadaan. im talking based on experience, based on things that i used to do in the past. haha. so macam... sangat memahami lah situasi En. Kawan tu kan.

tapi. tak taulah apa jadi nanti. harap-harap En. Kawan dapatlah selesaikan masalah dia cepat-cepat. kesian dia aku tengok. sayu jek.

oklah. tata for now.



love,


Jiran Baru

Dua tiga hari lepas, saya tulis pasal Mereka, rakan semeja saya <--- sila klik kalau nak tahu.
hari ini saya nak cakap yang mereka ada jiran baru, Encik Monyet yang super longlai tapi comel dengan rambut mohawk nya. heh. kiranya jiran yang sedia ada dah dapat geng baru ;)


jiran sebelah. dari kiri : si magnet, si monyet dan si hijau ;)

aha. ada lagi ahli baru bertambah. si buaya yang kurus gila sebab tak cukup makan.. tapi, tak ada gambar lah. nantilah, kalau rajin akan diupdate. kalau rajin lah kan?

oklah.


tata for now.



love,

Bertepuk Sebelah Tangan..

post kali ini.. mendapat inspirasi dari seorang kawan, selepas ada small discussion dengan dia tadi. haha. kelakar.

topik dia.. bertepuk sebelah tangan.

pernah tak macam anda suka dekat seseorang.. tapi sebenarnya tak nak suka pun, tapi tersuka.


tapi macam. dah tersuka, tapi rasa macam, tak naklah suka..

dah suka-suka, tiba-tiba rasa macam bertepuk sebelah tangan. tapi rasa macam tak jugak.
tapi bila dah rasa ok, tiba-tiba rasa balik macam bertepuk sebelah tangan.

hish.
susah kan rasa macam ni?

(macam tak ada kena-mengena gambar ni dengan post.. haha! tapi nak letak jugak!)

ha, bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi...

hmph... takpelah.
biarlah.

ada, adalah.
tak ada, tak adalah.
kan?

tak yah lah pening-pening.

the end.


tapi...
suka :(



love,