Thursday, December 31, 2009

Goodbye.


rasa macam baru semalam jejak kaki dekat tempat kerja.
rasa macam baru semalam berkenalan dengan budak-budak group aku dan rakan-rakan sekerja yang lain.

rasa tu dah tak kan ada lagi.

dah tak kan jumpa orang yang hari-hari jumpa, hari-hari lepak dari pagi sampai ke petang.
dari hari isnin sampai hari jumaat.

dah tak kan dapat main jerit-jerit, tolak-tolak, pukul-pukul dengan mereka-mereka.

dah tak kan dapat mereka yang gila yang sentiasa cuba nak menguji kesabaran aku hari-hari.

aku tak pernah cakap pun, tapi sesungguhnya, aku sayang mereka. sayang sangat.
walaupun macam tak nampak sayang kan.... tapi Tuhan saja yang tahu.

i really wish each and everyone of you the best!
hopefully, we can still keep in touch walaupun dah tak sama department & tak sama tempat kerja lagi.

ini bukan nak cakap selamat tinggal pada 2009, tapi selamat tinggal juga pada teman-teman sekerja yang rapat dan kurang rapatnya.

haih.. a very bad ending for 2009.

tipulah kalau aku cakap aku tak sedih, aku tak nangis. aku tak mengenang nasib aku di masa akan datang.

tapi... ada kawan aku ingatkan benda yang aku selalu ingatkan orang... "setiap yang jadi ada hikmah dia."

jadi, macam mana pedih pun nk terima benda ni, aku perlu terima juga.

dan, atas insiden yang tak diingini ini, aku rapat dengan orang-orang yang tak pernah aku bercakap pun sebelum-sebelum ini.. mungkin, ini kot hikmah yang pertama dari hikmah-hikmah lain yang bakal menyusul.

:)

oh ya. disebabkan lagi beberapa jam akan masuk ke tahun baru, aku nak cakap SELAMAT TAHUN BARU kepada semua.

harap-harap, tahun 2010 akan lebih baik untuk aku dan kamu semua.

amin.



love,

0 shout out(s)!: