hari ini berjalan dengan kawan-kawan ke majlis perkahwinan yang terletak nun jauh di.... kuala selangor kot. eh tak, tak. sungai buloh.
hari yang sungguh panas terik. dari lapar, terus tak lalu nak makan.
nasi yang diletak oleh makcik di tempat ambil makanan tu pun tak lalu nak dihabiskan :(
dan ternampak sesuatu yang membuatkan hati terdetik seketika....
pernah tak anda rasa yang anda tak bersedia nak menerima sesuatu walaupun pada hakikatnya anda fikir yang anda telah bersedia?
pernah tak anda rasa macam tak tahu nak buat apa sebab.. ketidak-sediaan anda?
pernah tak anda rasa macam "sh*t! kenapa semua ini kena jadi?"
pernah tak anda rasa macam yang anda tahu anda ok, tapi sebenarnya ada sesuatu yang mengganggu jiwa anda dan tidak tahu apa sebenarnya yang benar-benar mengganggu jiwa anda?
ok.. itu yang aku rasa sekarang.
pelik kan?
selalu rasa bukan-bukan. untuk benda yang bukan-bukan.
hahahahaha.
ke aku je yang selalu kena macam ini?
ok. tarik nafas. hembus.
aku sebenarnya ok. cuma, mungkin rasa bersalah dalam diri kot.
membuatkan aku rasa serba tidak kena sekarang.
aku tak marah. aku tak sedih. jauh sekali cemburu.
cuma dalam kepala otak aku sekarang ni, hanya ada satu soalan. kenapa?
ya, itu sahaja.
ada kawan aku pernah pesan... "babe, don't let yourself get hurt." atau lebih kurang macam tulah ayat dia. tak ingat the exact words. aku masih pegang nasihat dia. aku tak rasa terluka pun. tapi macam aku cakap tadilah. rasa bersalah menghantui diri.
dan bila rasa bersalah itu datang lagi, aku hanya mampu bertanya.. kenapa?

0 shout out(s)!:
Post a Comment