tak jauh pun, cuma pergi melaka je :)
orang ada tanya, "kenapa melaka?"
tapi.. kenapa tak melaka? best apa? mungkin takdelah macam hiburan yang gila-gila, but still it's a fun place to go to.. so, on sunday 30th may, pack my things and we drove for almost 2 hours to reach melaka.
isi minyak RM50.00 dari petronas ampang jaya, dan mulalah perjalanan kami ke melaka.(siap google map kot direction, salin semua landmark yang ada, to make sure that we will be on the right track. hahaha!) ye, kata je kampung melaka, tapi jalan nak ke sana pun kena google map kan? hahaha :P
perjalanan ke melaka semua ok jek, cuma bila dah masuk ke ayer keroh tu, hujan agak lebat. and to my surprise, kita orang tak sesat pun, cuma sesat masa nak cari hotel jek. haha. last-last, call hotel, mintak staff bagi direction, terus sampai ke hotel!we stayed in Hallmark Hotel. why? where? how much?
why? sebab dekat dengan jonker walk. the reason i really wanted to go to melaka was because of jonker walk. pada siapa yang tak tahu, jonker walk tu macam Petaling Street lah. so it's like Melaka's Petaling Street, tapi best lah! macam-macam ada.
where? located in Jalan Portugis, really close by to Jonker walk. just walking distance jek. tak sampai 5minit dah sampai, tapi disebabkan jonker walk tu panjang, so macam lama lah anda akan berjalan-jalan kat jonker walk.
how much? seriously, i thought of booking online. through this website call agoda and 2,3 website lagi yang kononnya offer low rates if book via their websites. murah tu memang murah, tapi bila bukak the hotel's own website, tengok-tengok rate dekat website hotel tu lebih murah. dan yang LEBIH mengejutkan, bila kami call untuk book melalui telefon, adalah JAUH lebih murah! haha. so we book thru phone je 2 days before going to melaka.
tapi tak ambik pun gambar hotel, sebab luaran, hotel tu nampak cam ntah hapa2 ntah! tapi, interior, oklah. staff pun ok. satu malam, bilik RM90. ok lah kan? tapi depends lah on the room. the room yang kami ambik, satu bilik RM90. i think it's quite cheap.
dah check-in, lepak-lepak. merehatkan diri. then kami decide untuk berjalan-jalan di sekitar Jonker Walk. ha... jalan punya jalan, sampai ke bangunan merah, Christ Church Melaka. fuh, tak sangka jauh gak. tengok-tengok barang, cari tempat boleh makan.
ni jalan-jalan dekat jonker walk. best! angin sepoi-sepoi bahasa sebab baru lepas hujan. so tak panas :)
a pitstop. makan dulu! lapar gila. huhu. dah lah susah nak carik kedai melayu kat area jonker walk tu.
kedai cendol, suggested by a friend. sedap. eventho rasa dia pelik sikit, tapi sedap! kalau pergi jonker walk, you guys should try the cendol here.then, dah penat berjalan. kami balik berehat.
belah malam, we went again to jonker walk.
sebab yang happening nya adalah di sebelah malam.
sepanjang-panjang jalan, macam-macam kedai jual macam-macam benda.
(tapi, i think dulu lagi best kot! tapi tak tahulah. a bit disappointed lah... )
after berjalan-jalan, we stop at Geographer Cafe to have our dinner. cool place, cozy and nice environment. food? not bad. price? affordable lah. cuma kalau nak buat destinasi bajet, i think better go find some where else to eat. sebab tak destinasi bajet kalau makan kat sini. hehehHari Isnin? kami jalan-jalan di Melaka Town naik kereta. went to Mahkota Parade, and Dataran Pahlawan. Serious, best lah Dataran Pahlawan tu. Combination of modern and not so modern. haha. nak shopping cam ala-ala kat Midvalley pun boleh, and shopping ala-ala kat Central Market pun boleh :)
combination of two worlds!
ingat nak carik laut, or konon-konon nak makan seafood. tapi masing-masing pun penat sebab the day before tu banyak berjalan. last-last, malam makan McD jek, 24 hours. hahahaha :D
Hari Selasa = last day.
bersiap-siap nak balik. turun untuk breakfast. oh, ya. for the rooms, we had complimentary breakfast too. so pagi isnin, dan last day, kami turun untuk breakfast. jimat kan? it was buffet, eat all you want. tapi pagi-pagi, siapa pulak nak makan banyak2? 2 hari tu, menu hampir sama cuma dia tukar lah sikit. satu hari mee hun goreng, satu hari mee goreng. ada nasi goreng gak, then ada wedges, cocktails and 2,3 jenis kuih. then ada toast bread and you can choose to put butter, kaya, jem or peanut butter. hehe. air? ada kopi, teh or orange juice. kenyang lah jugak makan breakfast pagi-pagi, sambil baca surat khabar and bual-bual kosong, sebab still mamai kan? tihihihi :)
dah check-out, kami pergi lagi sekali ke dataran pahlawan, shopping sikit-sikit for the last time before heading to KL. lepas semua dah beli, stop buy kat food court, untuk lunch and around 2-2.30pm, kami pun memulakan perjalanan kami ke KL.
overall? it was great. hotel pun murah. bajet minyak RM50 tu, untuk satu kereta pergi balik mencukupi. kita orang isi minyak balik bila dah sampai ampang dalam pukul 5pm. cool kan?
ampang - melaka - ampang. hehe. release tension. beli benda-benda yang takde lah mahal sangat tapi ok lah jugak. nak harap kat kl, mungkin tak kan dapat lah harga selipar, sling bag & clutch dengan harga yang macam tu lah kan? hehehe.
so, disebabkan trip ni agak menjadi jugak, planning to go to a different place lah pulak. dengan hanya pergi empat orang, kira still oklah jugak. fun! hehe. tapi gambar lagi 2 orang tu, hihi, tak ambik. sebab all pictures dalam blog ni are from my beri-hitam. tunggu-tunggu gambar lain, tak dapat2 sampai sekarang. huhu :(
so, siapa-siapa interested nak join for the next trip?
jom!!
:)
love,




0 shout out(s)!:
Post a Comment